Isnin, 17 Mei 2010

kenduri di kuala sg baru simpang empat perlis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SERIMA GANTUNG BERMAKSUD SENI TARI YANG DI DALAMNYA MENGANDUNGI GERAK TARI DAN BUAH PUKULAN

Seloka orang tua-tua berkata ‘kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi’begitulah yang di warisi oleh Asri dan ayahnya(pak omar).Asri anak bongsunya dariapda ketujuh adik-beradik di besar dan di sekolahnya di Kuala Sungai Baru,Simpang Empat Perlis.Anak bongsunya daripada tujuh adik-beradik ini dilahirkan pada tahun 1971.Guru muda ini mengenalai Seni Silat dari ayahnya pada tahun 1982 iaitu semasa beliau berusia 11 tahun .

Seni Silat yang diwarisi oleh beliau pada seni silat’SERIMA GANTUNG’.Dalam usia awalnya beliau di lantik oleh ayahnya sebagai kanan pada tahun 1993 untuk membantu ayahnya mengajar.


Setelah pemergian ayahnya(Pak Omar) pada tahun 1995 kini beliau memikul amanah ayahnya sebagai guru untuk meneruskan seni persilatan selain daripada aktiviti persilatan perguruan ini juga mempunyai kumpulan muzik BAKUNYA sendiri.Kumpulan Gendang Silat Serima Gantung adalah merupakan salah sebuah kumpulan gendang yang sering menerima undangan persembahan di majlis-majlis kebudayaan sekitar Perlis dan Kedah merka pernah muncul sebagai juara di dalam pertandingan muzik silat peringkat kebangsaan anjuran Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia(PESAKA)malah kumpulan ini juga turut mengiringi para peserta silat seni di kejuaraan silat terbuka Thailand yang telah berlansung di Hayai pada bulan Disember 1994 yang lalu.

Selama penlibatan dalam seni silat ini beliau pernah menyertai kejohanan peringkat negeri,kebangsaan dan Asean diantaranya ialah :-


*1994-Kejuaraan Seni Silat ke-8 di pulau pinang
*1994-Penyertaan dalam Pekan Silat yang mengandungi muzik silat(Gendang Silat) dan persembahan silat seni Malaysia.

*1995-Kejuaraan Silat Peringkat Negeri Perlis.

*1995-Pertandingan muzik silat kebangsaan ke-2

*1996-Kejuaraan Seni Silat Kebangsaan ke ix.

*1996-Kejuaraan Seni Silat dan Silat Olahraga Perlis.

*1997-Penyertaan bengke; silibus seni silat Malaysia peringkat Kebangsaan

*1997-Pementasan bangsawan’Keris Laksamana Bentan’

*1997-Sukan Sea Asia ke 19 di Jakarta(Indonesia)

*1998-Pertandingan Seni SILAT Negeri Kedah

*2002-Kursus jurulatih Silat Seni

*2005-Kursus kejurulatihan silat Olahraga.